Review filem : Al-Hijab

Assalamualaikum mike mike tuu . Sihat tak ? Aku tak sihat . Tekak sakit :( Asyik berdehem je tadi . Okay nak cerita , tadi keluar hang , eceh hang dekat Terminal One , Seremban je . Haha tak kuasa nak pergi KL . Duit pun takda

So alkisah Eyzaty bagi ticket free , actually malas nak tengok . Orang dah bagi tak kan nak tolak kan kan ? Hehe . Sebab dia bagi ticket tu tak perlu tahu lah :P . Datang tadi sampai sana pukul 1.30 macam tu . Tunggu wayang start pukul 2.15 . Dorang dah beli ticket dulu . Aku sorang je kot takde ticket . Muahaha xD . Cerita yang dorang pilih tadi cerita Al-Hijab , cerita yang dikatakan filem seram terhebat 2011 . Cerita ni dah ditayangkan 06 Oktober , sekarang 15 kan ? Lama dah ketinggalan --' Lagi satu sebnar nya ni first time aku buat review . Sorry kalau review tahpape . Haha >.<



Mari kita baca serba sedikit tentang filem Al-Hijab ni :

Al-Hijab, sebuah filem cereka seram arahan pengarah muda yang berbakat besar Pierre Andre. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2011. Antara barisan pelakon dalam filem ini ialah Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M.Osman dan ramai lagi. Filem ini dikatakan lebih seram dari filem-filem arahan Pierre Andre sebelum ini. Sama-sama kita saksikan kehebatan filem ini nanti.


 Sinopsis filem Al-Hijab :

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


Cerita ni ada unsur kelakar . Aku pun ada gelak sikit tadi . Yang paling kelakar part Ngasrizal Ngasri bawak lori tu , haha sumpah kelakar , lepas tu ada juga adegan yang buat orang teperanjat . Rasa macam nak baling je kasut dekat screen tu tadi -,-

Mula-mula masa sebelum hijab dia dibuka cerita tak berapa seram . Aku relax je . Huhu . Plot cerita memula pun kelakar . Tapi bila dia dah bukak hijab tu yang aku start tarik baju ke muka . Badan kebawah kan sikit xD Hehe

Pasal pelakon pulak . Pierre Andre ? Actually aku tak berapa minat dia ni . Sebab kekadang dia pelat cam bebudak . Haha tapi dia berlakon dalam cerita ni mantop ;) Korang yang perempuan mesti cair . Huahua . Heroin dia ? Seriously aku tak kenal -_- Yang aku tahu nama dia Fathia kot . Pandai gak dia berlakon ;) Lawo plak tu . Hehee

Korang nak tahu apa jadi dengan tawaran filem yang Raf dapat ? Pasal mata dia yang boleh nampak hantu ?
Aku cadangkan baik korang pergi tengok . Ada lagi kot kat panggung . Tak rugi tengok ! Aku bagi 4/5 sebab tak seram sangat . Muehehe . Okay lah bye bye :))


5 comments:

✖ babynorr ✖ said...

tak best langsung okay , nasib baik ticket VIP , hee :P

ila said...

macam nk pergi tgk.
tapi malas nk kua.
tunggu kua dekat utube je la.
huhu

Anonymous said...

Macam best je . Tak boleh bla betul yng tokpit nk baling kasut tu btw ni ninazaharin lol gune fon

ieyza afieyna said...

best ke ? hurm,,

Cik Chokie said...

da tengok da. akhir sekali raf ta dapat tutp hijab dia balik bub org yg ukak hijab dy da mati.
huhu time tgk ta habes2 jerit XD

Subscribe